top of page

Apa Itu FOREX? Part I

  • solok
  • Apr 21, 2018
  • 1 min read

Apa sebenarnya yang didagangkan di dalam FOREX?

Jawapan yang paling mudah adalah WANG.

Banyak salah faham dan kekeliruan berlaku di dalam trading FOREX. Ini kerana anda tidak memperoleh sebarang bentuk fizikal dari pembelian anda.

Bayangkan anda membeli matawang seperti anda membeli saham daripada sesebuah syarikat. Harga matawang selalunya menggambarkan pandangan pasaran pada keadaan ekonomi matawang tersebut untuk masa sekarang dan masa hadapan.

Dalam trading FOREX, apabila anda membeli contohnya Yen Jepun, anda sebenarnya telah membeli sebahagian 'saham' ekonomi Jepun. Anda berharap ekonomi Jepun akan meningkat naik selepas ini. Apabila anda menjual semula 'saham' tersebut pada masa depan, anda akan mendapat sedikit keuntungan di atas kenaikan harga 'saham' tersebut.

Dengan kata lain, perbezaan harga matawang dengan matawang lain sebenarnya adalah kesan daripada perbezaan keadaan ekonomi sesebuah negara dengan ekonomi negara yang lain.

Matawang Utama

Simbol matawang selalunya mempunyai tiga (3) abjad dengan dua abjad pertama adalah nama sesebuah negara manakala huruf ketiga adalah untuk matawang negara tersebut.

Kita ambil contoh USD. US bermaksud United States (Amerika Syarikat) manakala D untuk Dollar. Di Malaysia, wang ringgit kita ditulis dalam simbol MYR. MY bermaksud Malaysia manakala R untuk Ringgit. Senang bukan?

Matawang di dalam jadual di atas dipanggil matawang utama kerana matawang ini adalah yang paling banyak didagangkan di dunia.


留言


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page